26 Mar 2013

Jalan-jalan Kuala Lumpur






Assalamualaikum and hai ;)
Finally, my dream come true.. hehe. Dapat jalan-jalan di KL dan shopping-shopping. Semalam bila mak dah confirm nak pergi KL, dah excited gila. Bgun awal-awal semua. Pergi dri pukul 10.00 sampailah 6 oetang. And pergi sana naik komuter dan LRT. Berhenti dekat.. mana tah lupa, terus pergi Sogo. Masuk-2, terngaga! Banyak gila handbag dan ramai sangat orang. Mak cakap " hah kak terambang mata?" haha. Masatu  pulak ada sale lepastu berebut-rebut lah kt bawah. Sempit,ramai, dan sempit. Cuma... bila pergi bahagian perempuan byk baju mahal-2... ada yang 100 keatas lah,200 keatas lah :/ . Ada yg 60 tapi mak ckp tk bagus lah. Hmmmm. Last-2 dpt jugaklah satu kemeja. Tak puas sebenarnya sebab banyak sgt baju cantik-cantik tapi mahal u_u.... Kat Sogo, Husna beli baju dan kasut sahaja :) Lepastu pergi makan kedai mamak je, maggi goreng haha. Masa nak lintas tu kan, ada benda jatuh dari langit ingatkan air aircond ke atau hujan. Rupanya, najis burung! Nasib Husna tak kena! Abang je kena, tapi dekat selipar ciannnnn. Lepas solat semua tu, naik LRT lagi pergi KLCC!
Bak kat mak " harini hari keretapi la kita, 1 hari naik kereta api" . Yg penatnya setiap stesen ada tangga. Balik-2 rumah semua sakit kaki hahah. Dh masuk dalam bangunan KLCC tu, secara jujurnya Husna jakon :p sebab dh lama tak pergi situ. Dan... bestlah :) Pastu kitaorg lepak-2 jap, penat jalan sana jalan sini. Bergambar lah depan KLCC tu. Dh lepak-2 semua, masuk kedai buku Kinokuniya. Kedai buku paling besar yang pernah Husna masuk!! Kat kedai buku tu, Husna jumpa buku One direction!!! Gmbar diorang yang hensem-hensem semua dalam tu!!! Hehehe. Tapi mahal lah 60 ringgit. So tengok-2 jelah. Dekat bahagian 'music' banyaklah buku pasal Justin bieber, one direction dan artis-artis. Komik pun banyak terutamanya Naruto. Tpi komik tu dlm english. Yg peliknya, mak lah yg paling beria-ria nk pergi kedai buku tu dan memang kedai buku tu besar sgt, banyak buku tapi Husna je yang beli. Husna beli 3 buku adik 1 buku. Haihh dah jauh-2 dtg jalan-jalan tpi tk beli apa-2 mcm rugi aje. Tapi mak cakap sebab mak dah penat jadi mak tk dpt nk fikir nak beli buku apa. Lagipun kedai buku tu besar sgt jadi mak malas nk cari hahah. Then balik.....otw nk balik tu, mak cakap "kakak je yang paling byk borong, baju lah kasut lah buku lah" . Hmmmmm tak perasan pulak. Tapi Husna klau dh masuk kedai buku mmglah nak itu nak ini sbb mcm-2 novel yg best-2 kan. Takkesahlah yang penting harini seronok plus best gila plus seronok lah :D cuma 1 je impian yg tak direalisasikan lagi iaitu tengok keindahan Kuala Lumpur di waktu malam hehehe. Oh and Ahad haritu dah beli baju raya...warna purple ;)





                            



Okay tu je gmbr yang lain kt tenpon ayah ;). okay bye assalamualaikum! ;D

No comments: