13 Dec 2012

Bercuti di Terrenganu :D


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. :)
Salam Jumaat, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. hahah.
Pada hari Ahad lepas saya pergi ke Terengganu yang mana terletaknya kampung saya dan
juga saudara-mara saya di sebelah ibu. Saya ke sana untuk bertemu dengan nenek saya,
iu dah semestinya dan juga untuk bertemu dgn saudara-mara saya yang lain. Tidak lupa juga,
untuk membeli-belah di Pasar Payang iaitu tempat kebangaan bagi penduduk di sana. Di situ,
terdapat pelbagai barang-barang yang menarik seperti kain batik,rempah-rempah untuk
dijadikan bahan masakan, baju kelawar, kain-kain baju kurung, kuih-muih orang terengganu
dan juga keropok lekor. Tetapi kami sekeluarga hanya sempat membeli beberapa barang sahaja
iaitu baju t-shirt Terengganu, tudung bawal,keropok keping,baju kelawar dan rempah-rempah
untuk mak saya. Ianya memang sangat menyeronokkan :) . Kami tidak berkesempaian untuk
ke pantai kerana ayah saya mengatakan tidak selamat mandi pantai di Terengganu. Selain itu,
perkara yang hebatnya tentang Terengganu ini ialah kain batik. Di sebelah kampung saya,
ada kilang batik yg diuruskan oleh ayah saudara saya yang digelar 'Pak Wang'. Batik-batik
beliau memang sangat cantik belaka :D Kainnya bagaikan corak ala-ala inggeris.
Sepupu saya juga semuanya 'sporting' dan comel-comel. Oh saya berkesempatan juga untuk
bertemu dengan sepupu baru saya yg dilahirkan pada minggu lepas.Alhambdulillah.
Namanya Hafiz :) . Inilah percutian yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. InsyaAllah.

#Mintamaaf jika ayat terlalu formal atau skema :p rindu pulak nak buat karangan hahah xD

Di Pasar Payang.

Pemandangan di tempat parking Pasar Payang.
Tempat perprosesan batik. #Gambar batik yg telah siap takdelah ada dekat telefon ayah je.


Cehh Aiman :p
My new cousin, Hafiz :)


Okay nak solat byee ;) Have fun on your holiday!
#Notinmood #lapar #Bosan #Assalamualaikum :p


No comments: