Assalamualaikum! Harap korg baca nie SubhanaAllah♥
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa
yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat
pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan
sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam
Tirmizi)
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir
tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni
talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari
kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud
v Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
v "Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Diriwatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah S.W.T bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Dari Umar bin Al-Khattab r.a berkata:
"Ada
seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air
selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda
bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!”
Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”
Ituje :) Asslamualaikum :D
No comments:
Post a Comment