6 Feb 2017
Inspirasi
Assalamualaikum :)
So..kali terakhir update..2 tahun lepas..
kalau nak cite apa yg terjadi sepanjang 2 tahun ni rasanya...dah boleh buat novel kot......cuma laris tak laris je huhu..
Banyak sangat kenangan pahit manis yang menjadikan ku hari ini seorang insan yang kuat berdiri dengan sendiri alhamdulillah :D apa yang husna belajar sepanjang kehidupan di sekolah menegah ini...
Kita tidak mungkin mampu berdiri sekuat hari ini tanpa cinta daripada Allah.. Kita minta Allah macam-macam..nak berjaya, nak isteri baik2, nak kaya , nak itu nak ini tapi....
KITA BAGI ALLAH APA ?
Kadang2 apa yg dimahukan itu tak dapat dimiliki sebab hubungan kita dengan Allah kau remehkan.
Macam mana Allah nk bagi kalau kita sendiri jauh dengan Allah ?
Allah Maha Kuasa , Allah akan beri apa sahaja dalam sekelip mata. Persoalannya bukan nikmat Allah tapi kita,, diri sendiri yang perlu diperbaiki.
Jika kita bagi Allah apa yg Allah nak iaitu iman , InsyaAllah semua urusan dan cabaran kita dipermudahkan dengan izin-Nya :)
Husna dah lalui segala pahit manis dan mendengar cerita orang dari sudut yg berbeza tapi jawapanya tetap sama.
CARILAH ALLAH.
INGATLAH ALLAH.
KEMBALI LAH KEPADA ALLAH.
SUJUD.
Alhamdulillah , Husna diberi kesedaran ini pada usia yang masih muda, semoga kita istiqamah dalam mencari cinta yang satu iaitu cinta Allah :)
tidak lupa kepada sahabat-sahabatku yang bersama -sama dalam perjuangan ini, peperangan ini.
Sahabt yang sentiasa ada di samping ku, yg sentiasa mendengar kisahku , yang selalu nampak 1001 kesedihan ku di sebalik satu senyuman, yg sentiasa mengingatku balik kepada tujuan kehidupan , yang selalu memberi sokongan kepada ku utk mengejar cita-citaku menjadi seorg doktor, yang selalu ada di situ utk menjawab soalan addmath ku :'(
Terima kasih semua. Terima Kasih. Terima kasih.
Terima kasih boss poyo.
Terima kasih.
Tiada perkataan yang mampu ku ungkapkan rasa bersyukur ku kerana ada kamu semua di sisi.
Alhamdulillah.
Husna ingat nak buat satu buku tentang perjalanan hidup sepanjang persekolahan bertajuk " inspirasi " , amacam ? :)
Allah Inspirasiku.
Alhamdulillah..
Assalamualaikum semua :)